tabung que

CafeMom Tickers

Thursday, April 12, 2012

Que nak dua beradik

Petang semalam semasa kami makan di D'Teratak Melawati.

'ibu, que nak 2 beradik macam budak tu.'

Aku toleh ke arah yang ditunjuk que. Aku nampak ada budak lelaki lebih kurang 6 tahun bersama adik lelakinya berumur lbh kurang 3 tahun sedang makan dengan ayahnya.

'Que nak macam tu. Que boringlah tak ada adik-beradik'.

Syahdu aku mendengarnya. Bukan sekali dua dia bercakap begitu. Sudah berkali-kali. Kesian aku mendengarnya. Agaknya dia nampak seronok kalau ada adik-beradik. Ada kawan untuk bermain dan bergaduh. Jika sepupu dia datang ke rumah, bukan main seronok berkawan, berkongsi mainan, berebut mainan dan bergaduh. Apabila mereka balik mulalah dia buat ayat-ayat cinta yang meruntun hati aku. Apa lagi daya ibu nak...rezeki belum ada untuk Que ada adik. Sabarlah!

'Ibu, bila baby kita nak keluar?'
'Ibu, baby kita tengah buat apa kat dalam perut ibu?'

Adoi..ini yang paling aku tak tahan. Tak sampai hati aku nak cakap kat dalam perut ibu tak ada baby. Hanya ada lemak jer nak. Perut ibu besar tu sebab lemak. Baby belum ada.

Ada sekali, suami beritahu dia.

'Baby belum ada sayang. Baby kat syurga lagi.'

Muka dia berkerut mendengar kata-kata babahnya. Berfikir agaknya!



No comments:

Post a Comment

Komen ler apa sahaja:-