tabung que

CafeMom Tickers

Tuesday, March 22, 2011

ada tak ubat untuk orang mengigau?


pelik ke bunyi soalan kat atas tu?

Betul lah...saya memang mencari ubat atau penawar untuk orang mengigau. Kesian saya tengok si dia yang mengigau ni, dah masuk kategori kronik. Jika ingin bertandang ke rumah orang dan perlu bermalam di rumah orang, 'si dia' akan gelisah dan risau. seboleh2 si dia akan menolak dengan pelbagai alasan.

"nanti orang dengar. malulah. apa orang cakap nanti." si dia sanggup 'berjaga' dan menanti semua orang tidur dahulu. begitulah tahap kroniknya.

macam2 bunyi akan keluar. bercakap, menangis, marah, membebel, menyanyi dan sebagainya. kebiasaannya akan mengulang apa yang berlaku di siang hari. tapi bagus jugak kan, kalau ada rahsia mesti tak boleh simpan kan?


No comments:

Post a Comment

Komen ler apa sahaja:-