tabung que

CafeMom Tickers

Thursday, March 31, 2011

mulut jahat



macam-macam orang ada kat dunia ni. paling tak tahan apabila berdepan dengan orang mulut jahat. ada orang sebut mulut laser. ada juga orang panggil MULUT PUAKA...hahaha..HAMBIK KAU!

orang yang jenis macam ini, apabila dia berkata-kata dia tak pandang kiri kanan. tak fikirkan perasaan orang yang mendengar. senang cakaplah, orang jenis ini hati kering semasa berkata-kata. apabila fikiran dah waras, barulah sedar apa yang dikatakan itu sebenarnya telah 'melukakan' hati orang. kerana mulut badan binasa. terlajak kereta boleh reverse, terlajak kata...sendiri mau ingatlah...

jangan fikir kita BAGUS sangat dan mengata orang GILA BABI tak ingat dunia.

Fikir dulu sebelum berkata-kata. Adalah lebih baik zipkan mulut daripada melukakan hati orang yang mendengar. ada mata tengok, ada mulut diam...bagus sangat ke apa yang kita cakapkan tu?tanya balik diri sendiri?kalau banyak feedback diterima, maknanya orang SUKA...diulang...SUKA...kalau tak ada orang komen atau orang semua buat dekkk sahaja tu...maknanya orang TAK SUKA...diulang...TAK SUKA.

kesimpulannya, apabila nak berkata-kata, fikir dulu..patut atau tak patut dikatakan...jika kata-kata itu orang tujukan pada diri kita, adakah kita SUKA SANGAT?

fikir-fikirkan...

No comments:

Post a Comment

Komen ler apa sahaja:-