tabung que

CafeMom Tickers

Thursday, March 31, 2011

Senyum terpaksa ker?

akhir-akhir ni saya perhatikan cikgi-cikgi kat transit anak saya tu macam senyum terpaksa. mulut pun berat. tak ada sikap ramah tamah. sungguh berbeza dengan seorang cikgu que yang lama. tetapi sayangnya beliau dah berhenti kerana menmgikut suami bertugas di luar KL. cikgu tersebut memang ramah. ada sahaja dia berceritakan perihal anak kita walaupun kita tidak bertanya.

Cikgi-cikgi yang ada sekarang semacam bekerja hanya melepaskan batuk di tangga sahaja. Jika kita tanya sepatah, hanya sepatah yang dijawab. nak senyum pun malas. nak bercakap apatah lagi. semacam ada emas dalam mulut.

lagi satu, hari-hari saya mesti tanya pasal hanger. mana hanger yang semalam? dah 3 hari hanger tak pulang balik? saya tengok tak ada lah ramai sangat kat transit tersebut. lagi pun ramai cikgu yang bertugas.

Jika lebihkan senyuman dan mesra dengan ibubapa kan elok. Ikhlas dalam bekerja, bukan kerana DUIT semata-mata. Jika terlebih masa, nak berkira. Jika tak hantar tak ada pula nak bertanya!

Macam-macam ada!




No comments:

Post a Comment

Komen ler apa sahaja:-