Kali ini aku kembali ke Kedah kerana menghadiri jemputan kenduri Pakngah iaitu ayah angkatku semasa belajar uum dulu. Keluarga Pakngah amat aku kenang kerana kebaikan dan sikap ramah tamah mereka. Pakngah bukan sahaja rapat denganku tetapi rapat dan mesra dengan keluargaku di kampung. Kakakku mewakili keluarga di kampung menghadiri kenduri Pakngah. Mereka naik bas dari KB dan turun di Shahab Perdana Alor Setar. Kami terpaksa menyewa hotel yang berdekatan dengan stesen bas untuk memudahkan kami mengambil mereka yang tiba jam 5 pagi.
que melayan kartun di Target Hotel
Masjid Zahir di Alor Setar
Pekan rabu
bersama yah & anak angkatnya Hawa. Wadi Unung di belakang rumah Pakngah
Petang sabtu, setelah puas meronda pekan rabu & solat asar di Masjid zahir, kami berkunjung ke rumah Pakngah di Dulang Kecil, yan. Ini adalah kunjungan aku yang pertama bersama suami & anak. Kami tiba hampir maghrib dan suasana rumah pakngah agak sibuk dengan persiapan untuk tahlil malam tersebut. 2 ekor kambing rebah malam tersebut. Masak Kurma kambing malam tersebut sungguh sedap. Terangkat. fuhh..kami makan sepuasnya.
Keluarga pakngah gembira dengan kedatangan kami. Begitu juga dengan jiran2 Pakngah yang ternyata ramah tamah. Mereka masih mengingati kami walaupun 11 tahun telah berlalu. Ikatan silaturahim yang terjalin amat aku hargai. Mereka masih seperti dahulu. ramah dan mesra. masing2 menjemput ke rumah mereka dan ada yang mengajak kami bermalam di sana.
que yang malu2 jumpa tuk (makngah)
Tuk yang gembira berjumpa que
Makngah yang hampir pengsan kepenatan
pakngah yang kepenatan. muka nampak garang tetapi hati baik
Jam 10.30 malam, que mengamuk. Kami terpaksa balik ke hotel di Alor Setar. Pesanan keluarga pakngah, esok datang pagi2 untuk majlis kenduri sambut menantu.
No comments:
Post a Comment
Komen ler apa sahaja:-