Selepas ambil air kat dalam fridge nz, dia terus lari pergi kat babah dia. elok sampai jer kat meja, dia jatuh tersembam! kami tau dia sakit. dua2 lutut dah merah. dia menahan tangis sambil cakap sakit. malu! masauk dalam kereta terus menangis. balik rumah aku terus sapukan minyak gamat. dia tertidur dengan kesakitan. sebenarnya kalau budak yang lasak, tak adalah sakit mana pun!
Pg tadi, seperti yang kami jangka, dia cakap sakit. tak boleh berjalan. ke bilik air pun berdukung. masuk bilik pun berdukung. "ibu sakit kaki. tak boleh pergi school". aku dah agak. dia terus menangis. risau juga aku. tiba2 kami ambil EL.
Elok jam 10 pagi, aku saja mengusik que.
"que, jom kita pergi langkawi. pergi ambil bag, kemas baju"
Dia pun terus jalan dengan selambanya masuk bilik, ambil bag. buka seluar.
"Buat apa tu?". aku tanya.
"tadi ibu cakap nak pergi langkawi?".
hahha..auta betul anak ibu. sakit berlakon jer. aku dah agak sakit cuma sikit tetapi manja terlebih sudah. pukul 11.30 kami hantar dia pergi sekolah. tak boleh ajar anak ponteng. kalau dia betul2 sakit tak boleh berjalan tak apalah kan. nanti dia naik lemak pulak!
hari ini pertama kali aku ambil anak dari sekolah semenjak hampir 3 bulan dia bersekolah. seronoknya tengok telatah dia yang comel. dia sangatlah happy tengok kami yang menunggu kat pangkin.
macam-macam anak ibu!.
No comments:
Post a Comment
Komen ler apa sahaja:-