tabung que

CafeMom Tickers

Saturday, March 19, 2011

Oh damainya Langkawi





kami tiba di jeti kuah jam 7.15 petang. Feri dari kuala kedah mengambil masa 1 jam 45 minit. Tiket feri dari kuala kedah berharga rm23 untuk dewasa dan rm17 untuk kanak-kanak 3-12 tahun. Brader razak yang kami sewa kancil telah menunggu. Setelah selesai urusan sewa kereta, kami bergerak ke Amzar Motel yang terletak di pantai Chenang. Setibanya kami di sana, kelihatan ramai pelancong asing yang membanjiri kawasan tersebut. Akhirnya motel yang kami cari telah ditemui. Ianya terletak berhadapan dengan Sandy Beach Resor. Di sini terdapat banyak hotel yang mahal dan juga murah. Kita boleh memilih mengikut kemampuan masing2. Aku sudah excited dan tak sabar2 nak berjalan di pesisir pantai.


Amzar Motel terdapat 2 kategori iaitu Amzar Chalet & Amzar Hotel. Amzar Chalet yang paling murah berharga RM35 iaitu bilik untuk 2 orang dengan kipas. Bilik kami dalam kategori Amzar Hotel yang berharga RM95.00 satu malam. Kami tambah rm60 untuk tambahan 2 tetamu. Biliknya selesa dan berbaloi. Setelah makan malam, aku & suami keluar jalan-jalan. Que dah tidur kepenatan dan ditemani 2 orang kakakku yang juga kepenatan. kami bersiar2 di kedai-kedai sepanjang pantai dan sempat juga berjalan2 di pantai. romantik betul rasanya berjalan berduaan dengan suami. macam pengantin baru.


Mencari swingbag


kain batik yang murah-murah


setelah kepenatan


akhirnya aku jumpa jua

Kami balik ke bilik setelah kaki kepenatan. sempat juga aku rembat coach swingbag dan kain batik untuk persalinan di bilik. kain batik memang murah dan cantik2. Malam pertama di langkawi kami tidur dengan nyenyak dan aman walaupun kesejukan aircond.

Pagi2 aktiviti kami ialah meronda pantai. Sungguh indah! cantik! Damainya hati. tenangnya jiwa. maha besar Allah yang menciptakan alam. itulah ungkapan yang paling sesuai untuk digambarkan tentang keindahan pantai chenang. Que berlari2 mengejar anak ikan dan mengutip siput. sayang que tak ada kawan sebaya untuk bermain pasir. terpaksalah aku melayan kerenah dia. que beria-ria mengajak naik jet ski. awak tu kecik lagi nak ooii. tunggu besar sikit. ibu pun seram nak mengajak. beach boy beritahu harga untuk setengah jam ialah RM100.00. Nanti kita datang lagi yer que. Tunggu que besar sikit ya!


que pandai berenang ibu


melayan que bermain pasir


'Ini que punya , ini ibu punya'

Setelah bersarapan nasi lemak, bihun dan roti canai, kami keluar meronda langkawi. Tempat pertama yang kami kunjungi ialah Kota Mahsuri. Terdapat rumah2 lama Kedah dan Lagenda mahsuri. Tiket berharga RM5 seorang. Banyak gambar kenangan yang dirakam sebagai bukti kami telah berkunjung ke sini. Terdapat banyak gerai menjual barangan cenderahati dan juga minyak gamat. Minyak gamat begitu murah iaitu 15 botol dengan harga RM8. Aku hanya membeli topi untuk que memandang cuacanya yang agak panas terik.


Telaga Mahsuri

Makam Mahsuri

di dalam rumah lagenda


kota mahsuri

Setelah puas meronda Kota Mahsuri, kami terus ke Pekan Kuah. Tempat pertama yang kami kunjungi ialah kedai Ismail Group yang popular dengan pinggan mangkuk dan coklat. Di sini kami hanya melihat-lihat barangan yang dijual kerana kami telah diberihau agar membeli belah di Idaman Suri. Aku membeli coklat Smaties yang berharga RM13.90 kerana que inginkan kereta sebagai gift dan juga mint coklat yang berharga RM19.90. Kami meronda dua tiga kedai Haji Ismail Group dan Langkawi Saga di pekan kuah. suamiku agak boring melayan kami yang rambang mata melihat pinggan mangkuk yang cantik2. Akhirnya aku telefon sepupuku menanya lokasi kedai Idaman Suri yang menjadi sebutan ramai. Setelah berpusing2 akhirnya kami menemui kedai tersebut. Kakakku terus serbu masuk dan menolakkan pelawaanku untuk makan. suamiku telah kebulur dan mulutnya apala lagi..pot pet marahkan aku kerana berjalan lupa pasal makan. haha..ampunkan daku wahai suami. aku sungguh teruja dengan langkawi!

Setelah perut kenyang, aku pun menerjah masuk Idaman Suri yang telah lama menjadi idaman hati aku. ohhh tidakkkk....pandang kanan canti. pandang kiri cantik. harga?tak payah tanya...semua murah-murah. Di tekan sekali lagi..MURAH..MURAH GILER!...aku sudah mabuk. kakakku yang 2 orang tu pun mabuk. aku tengok keliling. semua orang dalam kedai ni semua mabuk. para pekerja Idaman Suri tak duduk diam. semua sedang sibuk melayan pelanggan memilih pinggan mangkuk. setelah berpusing-pusing aku membeli tea set untuk aku, untuk mertua suamiku yang pilih. dia lebih tahu selera mak dia. aku beli juga dulang air 3 pcs dengan harga RM12.50. murah. Dulang sama di Jusco berharga belasan ringgit untuk yang kecil dan puluhan ringgit untuk yang besar. Di sini aku mendapat 3 pcs dengan harga RM12.50...gila kan? Sesiapa yang nak datang sini silalah bawa ubat mabuk ya!

Set 8 pcs pinggan mangkuk & cawan paling murah hanya RM69.90...murah dan cantik. Set buffet english style hanya rm89 untuk 3 pcs...ohhh tidak! semua aku nak beli. nak kunyah2 rasa...cantik gila...tak dapat aku nak ungkap dengan kata2. Jika datang sini, silalah bawa duit banyak2.


ini tea sea yang aku rembat


next trip, akan kubeli jua


inilah dia Idaman Suri

Setelah penat membeli-belah, kami balik ke bilik jam 6.30 petang. Kami sambung pula aktiviti di pesisir pantai. Ramai sungguh pengunjung dengan pelbagai aktiviti. ada yang main jet ski, banana boat, payung terjun yang ditarik boat dan ramai juga lepak2 di kerusi panjang bawah payung yang disewa. que apa lagi, berguling2 dalam pasir dan kutip siput. aku hanya melayan que sementara kakcik & kaknik bersembang dengan salah seorang pengunjung yang juga orang Kelantan. Cikgu yang berkursus di Langkawi dan habiskan cuti dengan anak & suami. Topik mereka adalah Idaman Suri!


Selepas maghrib, kami keluar makan. Sepupuku Mail & keluarga datang. Berborak dan dia menawarkan pakej Island Hopping. Harga keluarga hanya RM20 seorang. harga biasa adalah rm35. isterinya, Yam bekerja di agensi pelancongan. aku sungguh teruja dan tak sabar untuk aktiviti tersebut yang dijadualkan jam 9 pagi esoknya. semasa kami bersembang, que tertido di pangku. suami terpaksa bawa balik que ke bilik kerana dia telah mengamuk. Sepupuku Din pula datang bersama isterinya. Dia mengajak meronda pekan kuah dan dataran helang. Ramai pengunjung di dataran helang. sayang kamera kami tak dapat capture suasana malam. gelap. sungguh tak puas hati. Din bercerita asal usul langkawi, Gunung Raya dan juga Gunung Mat Cincang. kami mengusik kaknik yang teruja dengan cerita tersebut dan boleh balik bercerita di kampung. kami singgah pula di uptown atau pasar tengah malam. banyak gerai menjual pakaian, bag, cermin mata dan sebagainya. aku membeli 2 helai seluar beach untuk suami. Semasa perjalan balik, suami telefon memberitahu que demam. kami berpusing mencari kedai 24 jam untuk membeli cool fever & ubat demam. sampai di bilik aku dapati que agak berat. Esoknya, kami terpaksa membatalkan aktiviti Island Hopping. Frustnya aku! Rupa2nya Kaknik & kakcik pun tak nak pergi island hopping. Ya lah, aktiviti ini sebenarnya sesuai untuk orang yang minat cabaran dan sukakan aktiviti lasak. Golongan kakak2 dan makcik2 sesuai bawa pergi Idaman Suri sahaja...

Setelah check out, kami sekali lagi pergi ke Idaman Suri. Banyak lagi yang teringin dibeli. Hadiah untuk mak, makngah dan juga cenderamata untuk saudara mara di kampung. Membeli tak hingat! kata suami yang bengang kerana boring menunggu dan terpaksa menjaga anak. Kancil penuh dengan barang dan bag. Kaknik & kakcik hanya nampak biji mata. macam cerita mr bean! kelakar betul...suami membebel. lainkali datang sewa van jika ingin membeli belah.


nasi goreng seafood


Mail & keluarga (sepupu)


bersama sepupu


Kami singgah rumah Din dan dijamu makan tengahari. alhamdulillah. Setelah makan, kami meronda pula Pekan Beras Terbakar. Sempat juga aku membeli keychain, magnet fridge dan kakak2 pula rembat baju langkawi untuk cenderahati kepada anak-anak di kampung.

kami tiba di Jeti Kuah jam 5 petang. Setelah urusan pulangkan kereta sewa dan beli tiket feri, kami dihantar oleh Din & isteri hingga ke feri. kaknik & kakcik pucat membawa barang2 yang bayak kerana takut ditahan oleh kastam. Alhamdulillah, kami lepas daripada pemeriksaan kastam.

Selamat tinggal Langkawi. rasanya tidak puas percutian kami 3 hari 2 malam di sana. terasa pantas masa berlalu. berat rasa hati ingin balik ke KL. tapi apakan daya, kerja2 yang melambak di pejabat melambai2 kami balik. ada masa lapang insyaAllah kami akan datang lagi. banyak lagi aktiviti2 menarik yang kami tidak berkesempatan untuk merasai.










Selamat tinggal Langkawi..ada umur jumpa lagi!

No comments:

Post a Comment

Komen ler apa sahaja:-