semasa pertama kali aku ke rumah pakngah, tak silap aku syafiq berumur 10 tahun. tak sangka pantas betul masa berlalu. kini, syafiq telah bergelar pengantin baru. masih aku ingat, jika kami berkunjung ke rumah pakngah, mereka akan membawa kami berkelah di Titi Hayun. Kami bermain air, berendam, syampoo kepala dan masa itu Syafiq dan adiknya Naim agak malu2. Tak sangka, di usia 23 tahun Syafiq sudah bergelar suami. Selamat Pengantin Baru Syafiq.
Besar betul kenduri pakngah. meriah. 2 ekor lembu tumbang. 2 ekor kambing bbq. ada juga khemah teh tarik. DJ yang memeriahkan suasana majlis, mercun dan acara silat menyambut pengantin. Bapa & ibu pengantin setia di pintu masuk menyambut tetamu dengan baju tema purple. sungguh segak pakngah. pakngah ketawa besar apabila aku ucapkan selamat pengantin baru kepadanya...akhir ketawanya aku beritahu itu ucapan untuk pakngah sampaikan kepada syafiq. aku tabik dengan komuniti kampung tersebut. majlis berjalan lancar dengan kerjasama semua penduduk kampung. masing2 menjalankan tugas dengan sempurna.
bersama pakngah
tetamu VIP
masih teringat keenakan gulai kawah
Syafiq & Nur Hidayah, sama cantik sama padan
Chik Pah yang seronok dengan kedatanganku
abadikan kenangan bersama pengantin
moga bahagia hingga akhir hayat
acara silat yang memeriahkan majlis
Mak pengantin
Kami meninggalkan majlis lebih kurang jam 3.30 petang kerana bergegas untuk menghantar zarina ke stesen bas Alor Setar dan kami terus ke Jeti Kuala Kedah.
No comments:
Post a Comment
Komen ler apa sahaja:-