tabung que

CafeMom Tickers

Wednesday, April 14, 2010

Suamiku..Kau lah Nyawaku..

Isnin 12 April 2010

Pagi tersebut hubby mengadu sakit belakang. sakit yang serius dan dia tak berdaya nak bekerja. hubby bukan jenis yang suka mc & ponteng kerja. dia seorang yg komitmen pada kerja. bukan memuji tetapi kenyataan. bukan seperti aku yang agak lembik. hubby sanggup jaga naqiuddin walaupun dia tak sihat. aku biarlah. mungkin dia nak bersama dengan anak sebab dia selalu kerja Sabtu & Ahad. Masa dia hantar ku ke tempat kerja, aku sempat berpesan. kalau ada apa2 call ibu ataupun msg jer..dia hanya menjawab 'kalau sempat'. itulah suamiku. kalau dia sakit, dia pasti akan ingat 'mati'..yang membuat aku seram sejuk.

Waktu di tempat kerja aku tak senang duduk. sepanjang hari aku tak dapat fokus pada kerja. aku call dia tak berjawab..dkt pukul baru dia call aku balik beritahu dia ok. lega hati aku. begitulah hati seorang isteri...

Selasa 13 April 2010

Hubby dah kerja. kalau ikutkan keadaan dia masih lemah tetapi fikirkan kerja yang banyak menunggu di office, dia gagahkan jua..petang aku mendapat email dlm FB drp hubby...satu email yang menyentap hatiku...airmata sayu & terharu pun terkeluar..sudah aku teremosi...ekoran drp emosi dia yang tak stabil disebabkan tak sihat, dia mula merapu-rapu...

Tajuk emailnya: salam Terakhir (tak ke sedih tu...)

dia beritahu yg dia sayangkan aku & anak. pesanan dia padaku besarkan anak dgn didikan agama..jika dia tak ada nanti khabarkan pada kawan2 rapat dia. jgn jauhkan diri drp family dia dan bla bla...huhu...teremosi aku sejenak di depan pc...

Buat suamiku,

Ketahuilah, kami amat menyayangimu sepenuh hati kami
kami akan hilang arah & tujuan tanpa babah
Berdoalah pada Allah
semoga kita dipanjangkan umur untuk membesar dan mendidik Naqiuddin

We love you so much

No comments:

Post a Comment

Komen ler apa sahaja:-