tabung que

CafeMom Tickers

Friday, April 16, 2010

naqiuddin naik bas

Khamis 15 April 2010

semalam hubby tak ambik. dia ada meeting. terpaksalah aku naik bas. ambik naqiuddin rumah opah. masa kat rumah opah, hujan turun dengan lebatnya. terpaksalah lepak rumah opah sekejap. bersembang dengan opah. semasa aku sampai, opah sedang suapkan ubat selsema kepada baby raqib. si naqiuddin seronok bermain dengan nazwan cucu opah. semenjak si nazwan balik kampung (Indonesia) selama sebulan mac lalu, dia bercakap pelat-pelat indon. sikit-sikit..ngakk..ngakk..(mama si nazwan merangkap menantu opah ni ni orang indonesia). nasib baiklah naqiuddin tak ada pulak nak mengajuk-ngajuk cakap nazwan tu..hubby dah risau takut anaknya bercakap indon..hahha..

naqiuddin seronok bila aku beritahunya nak balik naik bas.banyak soalnya.."babah tak ambik kita ke?babah tak siap work lagi ke?kita tak bawak babah naik bas ke?tak sabar2 dia nak naik bas dan tunggu hujan reda...bila hujan dah reda, kami terus ke pondok tunggu bas. menapak juga lebih kurang 200 mtr. naqiuddin excited sesangat sehingga tak merasa penat berjalan kaki. aku offer nak belikan air pun dia tak nak.."nak naik bas jer...tak nak beli apa-apa pun". dia cakap macam tu sebab aku selalu beri dia option, kalau jalan tak ada beli apa-apa.mungkin dia teringat pesananku. bagus!anak yang baik. dalam bas dia terus berceloteh. tanya macam. orang tengok semacam jer. agaknya dorang fikir budak ni banyak cakap agaknya.

Naqiuddin tak nak turun bas. seronok sesangat. aku pujuknya pergi pasar malam beli ayam goreng dan mee.

kalau ada lesen kan senang...tak perlu lah aku nak menunggu bas dan teksi lagi!ermmm..bila agaknya aku nak gi register ambik lesen ni...

No comments:

Post a Comment

Komen ler apa sahaja:-