tabung que

CafeMom Tickers

Friday, April 16, 2010

rindunya pada arwah..



tiba-tiba aku rindu sesangat pada arwah ayahku..sambil aku menaip ni, airmata meleleh-leleh. dengar pulak lagu 'Al-Fatihah untuk ayah' oleh Halim Yazid.

aku buka folder gambar-gambar arwah. alhamdulillah, semasa hayatnya aku sempat membawa beliau jalan-jalan ke Putrajaya, Zoo Negara..beri dia naik Air Asia..




masih aku ingat semasa raya aidilfitri 2009, dia mengumumkan semua anak cucunya berkumpul buka puasa bersama-sama pada hari terakhir puasa. dia ingin belanja makan sup tulang dan daging bakar. semua menu hari tersebut adalah atas permintaan arwah. dia berkali menyuruh aku telefon adik-adikku agar sampai sebelum buka puasa. masih ingat kata-katanya. "che teringin berbuka puasa bersama-sama anak cucu. tak tahu lagi tahun depan ada lagi ke tidak puasa untuk che. kalau ada mujurlah, kalau tak ada inilah puasa terakhir che". aku sebak mendengarnya. alhamdulillah..hajatnya tercapai.semua berkumpul berbuka puasa bersama2.tetapi semasa buka puasa dia hanya menjamah teh dan roti sahaja. dia hanya sayu memandang semua anak cucu yang berkumpul.

Kepada kalian yg masih mempunyai ayah & ibu, hargailah mereka. luangkan masa untuk pulang ke kg menjenguk mereka. jika mereka sudah 'pergi', hanya gambar & kenangan yang menjadi peneman...

semoga arwah ayahku dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. amin.

2 comments:

  1. lama dah tak balik.. ni pic masa make brapa hari?

    ReplyDelete
  2. ini masa buka puasa. last day arwah berpuasa yg dia beria2 suruh semua kumpul..mmg itulah last ramadhan dia.

    ReplyDelete

Komen ler apa sahaja:-