tabung que

CafeMom Tickers

Wednesday, April 14, 2010

kebakaran

Malam tadi sedang kami asyik menonton TV9 rancangan Chef Wan jalan2 kat UK, aku mendapat call drp kawanku Rosmalina.dia beritahu berita yang mengejutkan aku dan hubby. rumah tingkat 3 terbakar. ramai orang dah turun. Ros dan Nor kebetulan sedang makan di gerai yg berhampiran blok kami 'Menara Merak kayangan'.

Aku terus bgtau hubby,apalagi kami kelam kabut kemaskan apa yg patut. hubby buka pintu. bau hangit masuk ke hidung. jiran2 kelam kabut untuk keluar. aku angkat anak yg sedang tidur dan terus turun tangga. termengah2 kami dari tingkat 11. setibanya di bawah ramai yang sedang berkumpul. tak lama kemudian pihak bomba tiba. Naqiuddin excited tengok firetruck...hilang mengantuknya..

Ada yang beritahu api dah terpadam.tapi melihatkan asap yg masih ada kami tak berani selagi pihak bomba belum mengesahkan. kami tunggu disitu hingga jam 11.30 malam. sebenarnya rumah di tkt 3 tersebut kena sabotaj oleh orang2 yang tidak bertanggungjawab atau irihati. ianya masih dalam siasatan polis. dengar2 gosip sudah 4 kali termasuk kes malam tadi. maklumlah rumah tersebut adalah rumah artis & pelakon yang terkenal..mereka dah tak tinggal di situ...ada juga yang mengatakan semasa kejadian anak pelakon tersebut ada di dalam rumah.

kebenaran akan terjawab selepas siasatan polis...selepas kejadian malam tadi, aku terfikir betapa bahayanya sekiranya api marak dan tak terkawal..apakah nasib kami yang tinggal di atas sana..lif pastinya tak blh digunakan. tangga pula mesti dipenuhi asap...ermm..sekiranya kejadian begitu berlaku, hanya Allah tempat kami bergantung!

No comments:

Post a Comment

Komen ler apa sahaja:-