tabung que

CafeMom Tickers

Tuesday, September 21, 2010

kerana harta

kerana HARTA ...

manusia boleh menjadi sombong, bongkak dan pertalian keluarga boleh terputus!

itulah yang banyak terjadi sekarang ini. aku pun pelik dan tidak faham. bila dah kaya, berharta dan berpangkat...hubungan kekeluargaan tergadai. ada orang yang nak dapatkan harta sanggup memijak orang lain wlp adik-beradik sendiri. sanggup asalkan dapat harta. sanggup 'mengecek' mak bapak tukar nama hartanah atas nama sendiri wlp masih ada adik beradik lain yang perlu di bahagi sama rata.

semua sanggup. itulah manusia yang tamak dan berhati busuk!

ada juga manusia yang telah kaya dan berharta mula menjauhkan diri daripada kaum keluarga saudara mara yang dirasa miskin. sebab apa?mungkin sebab malu kalau berdamping dengan orang2 miskin atau takut saudara-mara yang miskin menumpang kekayaannya...entahlah! harta makin bertambah, makin berlagak sombong...

hakikatnya...sedarlah....walau sekaya mana, apabila meninggal esok..hanya kain putih yang membalut badan. hanya iman dan amal sebagai bekal. hanya sedekal jariah yang menolongmu...




2 comments:

  1. adat dunia akhir zaman...moga kita dijauhkan dr perbuatan mengambil yg bukan hak.

    ReplyDelete
  2. manusia yang mudah lupa akan asal usulnya.. sampai bila langit nak ditongkat...

    ReplyDelete

Komen ler apa sahaja:-