tabung que

CafeMom Tickers

Monday, July 11, 2011

Boleh adik jadi isteri suami akak?

tadi kawan satu office aku si A beria-ria bercerita...sebuah kisah di N9. masa ni dia sama-sama menunggu rawatan urut untuk anak keduanya di rumah Wak. Dia duduk bersebelahan dengan seorang kakak yang berjubah. suami kakak itu seorang ustaz dan sedang berbual mesra dengan suami si A.

Kawan aku ni memang peramah dan tanpa segan silu telah interview kakak tersebut tapi yang bestnyer siap minta maaf sebelum interview. kakak tersebut dengan selamba dan mesra bercerita. soalan pertama dia tanya anak kakak berapa orang. bila kakak tersebut beritahu 18 orang, mulutnya ternganga, terlopong dan mata pejam celik...biar betul kan? kakak tersebut hanya ketawa. dia beritahu anak madunya iaitu isteri pertama ada 11 orang. anak dia sendiri ada 7 orang. dia pergi rawatan untuk anak bongsu madunya yang ada masalah tulang.

Kawan aku ni dah excited, kepoh pun ya gak...hahha...dia boleh tanya macamana kakak tersebut boleh jadi isteri no 2. Kakak tersebut cerita dengan ramah tanpa segan silu. kakak tersebut adalah cikgu di salah sebuah sekolah agama swasta. katanya masa tu dia sedang menunggu saudaranya yang sakit di sebuah klinik. dia perasan ada seorang wanita berjubah yang sedang memerhatikan dia. pandang dan terus pandang. tiba2 wanita berjubah tersebut menghampiri dan bertanya dah kahwin atau belum. kakak cikgu ini beritahu belum lagi. Wanita berjubah terus melamar, 'bolehkah adik mejadi isteri suami kakak?'

Kakak cikgu beritahu dia amat terperanjat. katanya masa itu dia dah ada boyfriend. dia balik dan beritahu keluarganya. keluarganya menentang dan ada yang menyokong. akhirnya perjumpaan antara keluarga ustaz & wanita tersebut diadakan. setelah muafakat dan berkenal2, akhirnya kakak cikgu ni pun bersetuju untuk berkahwin dengan suami wanita berjubah. Apabila kahwin mereka tinggal satu rumah. Masa 3 bulan pertama, isteri pertama asyik menangis. Cikgu mula pelik dan bertanya. adakah tidak suka kan dia jadi madunya? isteri pertama beritahu, memang perit dan sakit apabila terpaksa bermadu dan meminang untuk suami. katanya dia sanggup kerana inginkan payung emas dan inginkan suami merasa bahagia. Dia berpesan kepada madunya, layanlah suami kita dan berikan kebahagiaan malam pengantin.

Dalam masa 8 bulan pertama, bilik isteri pertama dan kedua adalah berasingan. Pada satu malam, ustaz balik daripada outstation dan termenung di ruang tamu. Keluarlah isteri-isterinya dan bertanya kenapa tidak masuk ke dalam salah satu bilik isterinya. Ustaz menjawab, dia tidak tahu bilik mana yang ingin dituju terlebih dahulu kerana bimbang isteri2 nya berkecil hati. Disebabkan itu, mereka telah berbincang dan bermuafakat untuk tinggal dalam satu bilik. Suami mempunyai bilik sendiri. Isteri2 tinggal dalam satu bilik. Suami bebas di dalam biliknya. tugas isteri adalah pergi kebilik suami mengikut giliran dan melayan suami seperti raja. Bertuahkan ustaz atau suami itu kan?

Kawan aku terkedu mendengar cerita kakak cikgu tersebut. kakak tersebut beritahu, kita sebagai isteri mestilah redha dan terima suami untuk berkahwin dan carikan si suami isteri agar suami sentiasa merasa bahagia. Mesti bersifat mujahaddah...akan dapat payung emas. Kawan aku pun tanya, apakah maksud mendapat payung emas tersebut? katanya, payung emas itu akan diberi Allah untuk berpayung dia akhirat kelak...untuk masa sekarang, payung emas itu bermaksud suami ibarat payung emas dan mestilah berkongsi dengan wanita lain agar merasa kebahagiaan dengan suami kita dan suami kita dapat memayung wanita2 atau menjaga wanita2 isterinya di bawah payung emasnya....itulah cerita kakak cikgu tersebut.

Kawan aku terdiam. semasa balik dari rumah wak, bercerita dengan suaminya tentang wanita tersebut...sekarang kakak cikgu tersebut dan madunya sedang mencari isteri ke3 untuk suaminya.

Moga tabahlah wanita-wanita yang bermadu dan beruntunglah para isteri apabila suami mereka berlaku adil...aku?ohhhh tidakkkkk.....aku sentiasa berdoa pada Allah agar suami aku hanya milikku. amin! Jnamun, aku redha dengan qada' dan qadar Allah...

:)) suami kakak tersebut cacat, ada sebelah kaki sahaja.

No comments:

Post a Comment

Komen ler apa sahaja:-