tabung que

CafeMom Tickers

Monday, March 1, 2010

Cuti Maulidur Rasul

Malam Jumaat - kawanku Lisa call nak tumpang tido. kelakar. dia nak blk kg. naik Air Asia. salah tgk time. sepatut 7 am khamis tu. dia pergi 7 pm. fuhh.. kelam kabut dia kat airport.blk hentian putra cari tiket bas. sib baik dapat kul 1.30 jumaat 25.02.10. dia sampai rumah aku lewat jam 11 pm. dia lapar. dapur aku lak ada telor jer. al-maklum aku jrg2 masak. malam tu kami anak beranak mkn nasi berlauk pasar malam au3. masak ler dia nasi dan telor kicap.sebab lapar dia belasah gak nasik sepinggan dan telor kicap 2 biji. sian...pagi jumaat kami breakfast nasi kerabu kedai paksu. sedap. kalau sesaper yg pernah makan kat situ tau lah keenakan nasi kerabu kelantan. roti canai dia pun sodap..tapi yg jadik masalah cuma satu...lambat sangat...hubby aku naik hangin menunggu. habis dia belasah 2 biji. share dgn anak. anak tak cukup dia kenyang. lepas hantar Lisa ke The Mall (dia nak lepak sbb masih awal), kami berdezut ke Tg Malim. Sebenarnya adik aku tinggal di Behrang 2020. Kami singgah di Pasar Tg Malim nak cari ayam. Habis. Semua kena tempah untuk kenduri. ayam tak ada kami meronda di pasaraya Grand Save dan Big 10. Masuk Grand Save cuci mata. brg2 dalam tu murah2. kalau org nak yg branded, minta maaf.tak ada lah.masuk Big 10 hanya beli Bas Ben10 untuk Naqiu. aku tak tau berapa lama blh tahan. biasa sekejap jer dia akan cabut tayar dan repair2. kami sampai di Behrang lbh kurang jam 1.00 pm.

Adik iparku Eja masak kari ayam. hubby makan bertambah 3X..namapak mcm 3 hari tak mkn.fuhhh..sedap mkn ramai2.naqiu pun berselera. dia dapat kawan dua tiga hari ni. afiq muda setahun drp naqiu. hobi mereka sama. cars. apa lagi, berebutlah mainan. masing2 kedekut. naqiu bawak bas Ben10 2 biji yg beli kat Big 10. puas kami pujuk, dia beri afiq satu kaler Merah. tapi yg kelakar bila afiq letak, dia ambik. naqiu letak afiq ambik. pastu masing2 jerit2. lantak doranglah.budak2 mmg suka berebut.janji aku suka sangat jumpa mak & family. sembang2.cerita.mcm2 citer kuar. ptg huby balik KL. keje.

Lepak Behrang 3 hari rasa macam 1 hari jer. tak puas. tapi tak perlah. bukan mudah nak luang masa jumpa adik beradik dan mak. paling best, menonton 'Dikir Barat Halim Yazid & Jali Bunga Tanjung'. hahha..kalau dah org Kelantan tu, seni warisan tetap mengalir dalam darah...anak aku naqiu buat dekkk jer..tapi yg kelakar si afiq...siap tepuk tangan dan goyang badan lagi...kalau bapak dah minat, anak mesti 'menurun' lah kan...lps maghrib, kami meronda pasaraya TF. satu2 nya pasaraya yg besar di Behrang dan sekitarnya. blh kata murah. semua ada. naqiu mengamuk nak lori pulak...tak nak dengar dia mengamuk dalam TF, layan jer lah. RM9.9 2 biji lori..balik rumah dia berebut dgn afiq lagi.abis makan mlm, kami balik Kl jam 11.15 mlm. sampai jam 12.30 lbh kurang. sepanjang perjalanan aku tido.sedar2 hubby nak parking.

No comments:

Post a Comment

Komen ler apa sahaja:-