tabung que

CafeMom Tickers

Wednesday, March 24, 2010

Hasrat Terpendam...

Minat aku pada novel terlalu mendalam. novel yang aku paling gemar adalah hasil tulisan Norhayati Berahim (NB), Aina Emir dan Aisya Sofea. karya mereka amat terkesan di hatiku. bahasa yang mereka gunakan indah, santai, bersahaja dan seerti dengannya. hari ini aku baru habiskan 'Terbanglah Sayang' karya Aina Emir. syahdunya ending dia...bahasa yg digarap menyentuh perasaan. seolah-olah watak tersebut adalah aku..hehe..perasan! ada lagi 2 novel NB yang aku blm baca. tak sabar rasanya untuk bermula. kalau dah bermula sukar untuk berhenti. jika naqiuddin ajak main cars pun dah tak layan. kalau hubby dengan komputernya, aku melayan novel lah. fair & square! bila aku dan hubby tak layan mulalah dia menjerit minta perhatian. ada sahaja helahnya untuk menarik perhatian kami. aku lebih suka membaca setelah dia tidur. aman. tak ada gangguan.

aku sebenarnya mempunyai satu hasrat. impian yang telah lama tersimpan kukuh di sanubariku. menulis. itulah impian dan hasratku. aku ingin menjadi seperti penulis kesayanganku. menghasilkan karya. bolehkah aku? hasrat ini aku luahkan pada suami. dia menyokong dan memberi dorongan. bila aku nak bermula? aku pun tak pasti kerana aku tidah tahu apa yang aku tulis. cerita apa? kisah apa? aku rasa aku harus menghadiri kursus penulisan. banyak yang aku perlu belajar. genre. itu pun aku kurang jelas. macamana nak menjadi penulis?hehhe..tetapi apakan daya...itu jua hasrat aku. cita-cita aku. selain cita-cita ingin menjadi guru yang tak jua kesampaian. moga satu hari impian aku akan menjadi kenyataan..amin.

yang pasti, semangat aku berkobar2 sekarang ini. apa-apa pun, buat masa ini aku layan dulu karya-karya penulis tersohor yang telah aku beli di bookfair tempohari.

Cayokkk!!!

No comments:

Post a Comment

Komen ler apa sahaja:-