tabung que

Wednesday, March 31, 2010

Hati Seorang Wanita

Dah lama tak menjengah blog. hari ini aku nak berkongsi satu cerita seorang kawan aku. sedih mendengah kisahnya. suami yang mendera emosi dan rohani nya. sampai dia sudah penat & lelah untuk menghadapinya. bukan suami tak menyayanginya tetapi terlalu menyayanginya. hari-hari telinganya disumbat dengan kata-kata nista dan maki hamun. pantang ada kesilapan. yang paling menyanyat hati, dituduh si isteri bernasib malang dan tidak membawa keberuntungan pada rumahtangga dan kekayaan.alangkah walang hati isteri yang mendengar kata-kata suami. hari ini disebabkan kereta si isteri rosak, si suami terpaksa menghantar dan mengambil isteri bekerja, kata-kata tersebut disumbat lagi ke telinga si isteri.

Adakah si suami ini tak sedar dan tak tahu bahawa setiap manusia akan sentiasa diuji oleh Allah dan apa yang berlaku adalah takdir. tak tau kah dia dengan takdir?sebagai orang Islam kita harus tau dan terima takdir drp Allah..kita tak boleh nak pertikaikan apa yang berlaku dengan kita. kita mesti tabah dan redha. usaha kita hanya memperbaiki diri. tetapi kalau kereta rosak...adakah perlu diungkap sebagai pembawa malang...??sungguh tidak adil suami ini yang melontarkan kata-kata sesedap mulut kepada isteri seoalah-olah si isteri batang kayu yang tidak bernyawa dan berperasaan...aku pulak yang terEMOSI..

Si isteri tidak ada hak untuk bersuara dan meluahkan apa isi hati..jika bersuara ada sahaja kata -kata yang kurang didengar dihamun kepada isteri.tapi yang best, aku tabik springg pada kawan aku ini yang tabah menghadapi suami yang ntah apa-apa...(pada akulah)..yang tidak menghargai isteri dan pengorbanan yang telah isteri lakukan..orang seperti ini akan terasa apabila dia akan kehilangan ISTERI satu hari nanti..itupun kalau hati jantannya akan tersedar...adusss..emosinya aku...

aku berdoa pada Allah moga kawan aku ini akan terus tabah dan bersabar. doakan suami akan berubah..jika dah tak boleh bersabar...buatlah keputusan yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak...

pada suami-suami di luar sana, hargailah isteri anda. isteri bukan untuk dicaci dan dihamun. tetapi isteri adalah untuk dihargai kerana isteri adalah tulang rusuk seorang lelaki.

"kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam
sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan
menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang
rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita
untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya..."

1 comment:

Komen ler apa sahaja:-