tabung que

CafeMom Tickers

Tuesday, March 23, 2010

LRT

Selasa (23/03/2010)

jam 1.00 pm. hujan lebat sangat. aku dengan zai berpayung menuju ke Wadi al Farook. nak tunggu hujan reda, tak pasti pukul berapa. perut dah menyanyi minta diisi. aku hanya mengambil teh tarik dan waffer. hujan masih lebat. menunggu hujan reda jam menunjukkan pukul 2.00 pm. alamak!aku kena pergi petronas. nak hantar dokumen tambah bidang lesen. aku juga kena pergi maybank. nak buat banker's cek untuk bayar PKK dan tender bond prasarana. kami sedang memasuki tender CCTV. selesai kerja di maybank, aku menapak pula ke cimb. ada lagi sekeping cek yang aku perlu bank in kan. nak harap despatch datang,tak tahu pukul berapa sebab hujan lebat.dia hanya menunggang motor kapcainya. settle kerja kat cimb, aku menapak pula ke LRT. beli tiket. naik ke platform. aku ingin ke KLCC. tambang RM1.60. tiba2 ada pengumuman mengatakan train delay sehingga 2 jam. macamana ni? aku mesti sampai petronas sebelum jam 4.00 petang sebab kaunter akan tutup jam 4.00 petang. aku mundar-mandir. turun bawah tanya security. dia hanya beritahu train akan datang bila2 masa sahaja dalam 2 jam. aku ambil keputusan naik teksi. minta refund duit tiket. staff rapidKL hanya beritu tiket akan refund jika tak ada train. train ada cuma lambat. maknaya?aku tak dapat lah refund tiket walhal aku tak naik pun train. pasrah. bukan mahal pun. hanya RM1.60.

aku naik teksi.pergi petronas. tiba jam 3.20 pm. sempat lagi. aku terus ke kaunter. ambil no giliran. tiba time aku, ada masalah lagi dengan pendaftaran aku. permohonan online kami tak ada dalam sistem. maknanya aku kena balik dan buat permohonan online terlebih dahulu. aku balik dengan hampa.

Tiba di terminal KLCC, LRT problem lagi. aku terpaksa menunggu hampir 1 jam di KLCC. kemudian train berhenti di Damai. kami turun. di situ kami mesti mengambil lagi train ke Setiawangsa. akhirnya aku sampai jua ke Setiawangsa lewat jam 5.00 pm. sungguh menyedihkan. kesal. sia-sia perjalanan aku hari ini. balik office. settle mana yang patut. aku balik jam 9.00 pm.esok kena ke Petronas lagi!

2 comments:

  1. hari ni kerja aku pasal tambah bidang lesen dah settle.hari ni 2x aku pergi petronas...hangin aku...

    ReplyDelete

Komen ler apa sahaja:-