tabung que

CafeMom Tickers

Monday, March 15, 2010

aku & hot Temper

13/03/2010 (Sabtu)

sabtu.biasalah, keje aku kemas rumah. cuci baju.masak.layan naqiuddin. aku tak tau kenapa hari ni kepala aku asyik berdenyut2. pening. nak kata pregnant. tak jugak. nak kata tak cukup tido, tak jugak..bila kepa dah berdenyut, cuaca lak panas.hati cepatlah panas. si naqiuddin pulak, ada saja perbuatan dia yang membuatkan aku hangin. aku bercakap telefon. dia masuk bilik air dan isikan air dalam botol minuman dia. keluar. lepak depan tv. ambik kereta mainan, dia masukkan dalam botol..plopp..plopp..air terus melimpah ke lantai.hati aku mendidih. aku campak kan tuala. dia ambik dan lap cara dia lah. bukan kering pun. letak telefon aku cubitnya.

"Ibu yak yak"...aku cucikan yak2 dia. sambil kita cuci dia, dia boleh hentak2 air kat lantai dengan kakinya...semua tu bikin panas jer.sabar..sabar..dalam hati mengucap panjang.nasib baik anak sendiri. kalau anak tiri aku dera agaknya..hehhe..aku ni memang tak blh ada anak tiri agaknya..selisih malikat 44!

Lipat baju. kain bersusun elok. naqiuddin datang. naik atas baju yang dah aku lipat...hisss..nak kena ni. aku tampar pehanya. dia memberontak. kereta polis kat tangannya diketuknya kepala aku!adusss...angin aku dah naik sampai kepala yg dari pagi aku menahannya. tanpa disedar aku tengkingnya. dia terkejut. terus campak keretanya ke lantai. aku capai dan terus baling ke bilik. terkena wardrobe..kebabommm..pecah berderai kereta dia...dia terkejut dgn tindakan aku yang drastik, terus dia jatuhkan badanya kat bantal dan menangis tersedu2. dalam hati aku mengucap panjang. astaghafirullah...kenapalah aku tak sabar. kenapa aku baling keretanya. hati masih panas. aku rasa dia dah pandai melawan.aku cuba cool kan diri.

masuk bilik. aku kunci pintu dari dalam. kat luar dia menjerit2. menangis2. merayu2. "ibu..ibu..bukaklah pintu. naqiuddin takut sorang2".hati aku terharu mendengarnya. sebak. sebak dengan perbuatan aku yang mencampak keretanya sehingga pecah. kenapa aku boleh tak sabar melayan kerenahnya. aku tahu dan sedar yang dia hanya ingin bermanja dan menarik perhatianku. maklumlah, hari2 lain dia ditinggalkan. hati aku sayu. airmata menitis. sebak.
aku belek2 keretanya. dalam hatiku berjanji akan menggantikan keretanya.

aku buka pintu. dia terus memelukku. "ibu..maaf". aku buat dekk jer. "ibu..maaf".dia salamku.kami telah mengajar naqiuddin, jika salah dia perlu minta maaf. alhamdulillah. jika aku buat merajuk dengannya, dia akan cepat2 minta maaf.

aku memeluk naqiuddin. "ibu minta maaf. nanti ibu gantikan. ibu beli car police yang baru yer".aku memujuknya. aku bersalah juga dalam hal ni. aku terlalu emo dan ikutkan angin jer. kesian naqiuddin. "naqiuddin nak sama jer macam tu".



No comments:

Post a Comment

Komen ler apa sahaja:-