tabung que

CafeMom Tickers

Thursday, March 18, 2010

Kalaulah...

seperti biasa aku sampai di rumah opah, naqiuddin leka bermain dengan kawan2nya. "Assalamualaikum..".aku memberi salam. kelihatan opah duduk di sofa sambil menepuk2 baby raqib. bayi dia jaga. umurnya hampir 4 bulan. sesiapa yang melihatnya pasti geram dan teringin untuk mencubit pipinya yang temban. dia sedang nyenyak di sofa.

"naqiuddin..ibu datang ni. jom balik sayang. babah tunggu kat babah". "tak nak balik..nak main lagi. ibu..jom lah". itulah naqiuddin. setiap pagi bukan main liat nak ke rumah opah. apabila petang lain pulak peelnya. "naqiuddin tengok baby ni. comel kan?sayang tak baby?". tanyaku. "sayang...ibu...BELI LAH. BELI LAH BABY.."aku terkejut mendengar permintaan naqiuddin. opah ketawa kecil. "que nak beli kat mana?". "kat Jusco lah...".dengan petah naqiuddin menjawab..."Ya lah..nanti ibu belikan. jom kita balik dulu. babah nak ajak jalan tu..". pujukku.

Makcik-makcik yang yang sedang borak depan rumah opah mendengar permintaan naqiuddin tadi. "Tie..naqiuddin minta apa tu tu?.tanya untie. "dia minta beli baby untie...kalaulah saya boleh beli. dah lama saya beli untie".

begitulah naqiuddin. sekarang ni asyik minta baby jer. maklumlah baby raqib adalah teman baru dia kat rumah opah.

1 comment:

  1. sian dia tie... nak adik tu...boring takder kawan kat umah..

    ReplyDelete

Komen ler apa sahaja:-