tabung que

Friday, March 12, 2010

my soulmate


ini dia hubby aku. dia lah segala2 nya. suami. kawan. teman. sahabat...dia juga lah yang aku ajak bergaduh...masa baik.punyalah romantik..cuba kalau bergaduh..!!!muka masing2 mcm makan cuka...biasalah kan. adat rumahtangga. lidah lagikan tergigit..inikan pula suami isteri. kami gaduh tak lama..paling lama 3 hari..yg kelakar.kalau bergaduh. tak ada teman nak bercakap.abis kain baju dilipat.pernah gak hubby aku tak tau nak buat apa. dia lipat baju.kelakar. tak pernah nak buatnya kalau tak bergaduh...haha..lawak2.

aku cukup bahagia dengannya. dia memahami aku.apa yg aku suka.tak suka.apa peel aku. dia mengerti. walaupun mulutnya suka pot pet..tapi aku rindu kalau mulutnya diam.kalau diam adalah tu yg dia bengang denganku.

skill dia camera.photo & video editing.komputer.computer blh jadi bini no.2 dia. dia blh tak tidur malam kalau mengadap komputer. kadang2 aku jeles dgn komputer tu. bila dia lama2 depan komputer, mulalah aku mencari idea mengacaunya...itu pun tgk jugak kalau yg dia buat sekadar meng edit photo2 kami. kalau dia tekun buat client punya, jgn lah kacau..saje cari nahas lah tu.

sekarang, adanya naqiuddin. putera sulung kami. dialah buah hati pengarang jantung kami.kalau kami bergaduh, dialah yg jadi pengantara. "naqiuddin, ajak babah makan". "babah, ibu ckp makan". "naqiuddin, suruh ibu buat nescaffe"."ibu, babah nak epi..".


apa-apa pun...aku bersyukur dianugerahkan mereka dalam hidup aku..tq Allah!

2 comments:

  1. kalo mu malas nak lipat kain kan elok jer gaduh ngan dia..uhh..senang

    ReplyDelete
  2. tu lah pasal...asal gaduh jer, kain abis kena lipat..hahaha

    ReplyDelete

Komen ler apa sahaja:-