tabung que

Wednesday, March 10, 2010

Smile



Setiap hari aku tak sabar menunggu jam 5.30pm. aku ingin pulang. aku ingin menatap wajah Naqiuddin dengan senyuman yang menyambut kepulanganku. Setiap petang aku akan cakap dengan dia. "rindu anak ibu". sambil mencium pipi gebunya. dia akan membalas pelukkan ku dengan senyuman yang macam ini. kadang -kala aku terlupa untuk menuturkan kata-kata tersebut. dia pulak akan tanya aku. "ibu rindu anak ibu tak?".apabila teringat Naqiuddin, aku akan tersenyum sendiri. inilah seorang buah hati pengarang jantung kami. apabila kita cakap "ini baby ibu ni", dia akan tersemyum2.tersengih2 ala2 gaya baby yang mengada2. kelakar pun ada.

"anak ibu makan apa hari ni rumah opah?"."tak makan apa2 pun". jawabnya selamba...hehhe..yang ini jangan percaya. tak kan lah satu hari tak makan apa-apa kan. setiap petang Opah akan report apa yang dia makan dan apa yang dia buat...semalam Atuk bawak dia pergi Giant naik motor.kecoh dia bercerita pergi Gianta naik motor dengan Atuk. maklumlah sekali-sekala dapat naik motor.

Pagi2 tak nak pergi rumah Opah.tapi bila nak ambil petang, dia tak nak balik pula. seronok berkawan. Opah dan Atuk dah menganggapnya macam cucu sendiri. inilah yang aku jadi serba salah nak hantar dia taska. aku memang teringin nak hantar Naqiuddin taska..alamak!macamana nak mengayat Opah ni...ermmmm!

2 comments:

  1. dari pengamatan aku la.budak kat taska lagi berdikari..satu lagi senang berkawan.. apapun tepulang pada si pengasuh tu jgk.. biasa budak tinggal kat pengasuh ni manja sket... naqiuddin camner?.. biasala.. bila dah letak situ mcm berat sket mulut nak pindah tempat lain..skrg umur dia berapa tahun..biasa kat taska umur 4 tahun dia dah asing pagi belajar..petang baru pindah sebelah.. so gunalah alasan nak letak dia kat skolah biar dia biasa...

    ReplyDelete
  2. coming August naqiuddin 3 years.mmg dia manja.pengasuh dia manjakan dia.blh kata semua org dlm rumah tu manjakan dia.aku dah jadi berat mulut nak ckp nak htr taska..

    ReplyDelete

Komen ler apa sahaja:-