tabung que

Thursday, March 4, 2010

Keje Keje Keje

04/03/10

Hari ni aku sampai 8.20 pg kat office. Buka office. lampu. aircond. computer. internet.fuhh..penat.rilek jap. syoknya kena aircond. itulah keje aku pagi2. tukang buka office. aku ni boleh kira semua buat. cuma aku tak jadi bos jer. kalau bos aku baca...mesti terdetik dalam hatinya aku ni perasan..hahha.biarlah!start keje. hari ni aku kena pergi Petronas. nak hantar dokumen untuk tambah bidang lesen. masuk kali ni dah 3x aku menapak ke sana. ada saja perkara yang tak cukup. aku dah ikut semua checklist yang dorang minta. orang yg bertugas kat sana bertukar setiap hari. hari ni orang ni kata macam ni. aku buat. esoknya orang lak cakap ada lagi yang tak ada...pening aku. apa nak buat.ibarat kata mentimun dengan durian. kita nak lesen kan?terima jer lah..hari punya cerita, selepas berejam aku menunggu.dokumen yang aku submit kena 'reject' lagi. kali ni dia nak ISO pulak..alamak! company aku kecik jer..mana ada ISO lagi.kami baru dalam perancangan dan persediaan nak mohon ISO nihh..aku balik dengan hampanya.perut menyanyi-nyanyi.aku menapak ke KFC. layannn..Alhamdulillah.kenyang.

Sambil tunggu LRT, hp bunti. En Mat call.

En Mat: Siti ada barang nak collect kat PJ. arrange courier ambil. Ahad ni kita nak pakai barang ni kat site. saya dah bayar. guna duit saya. nanti claim. dah bank in cash untuk saya?

Aku: ok..beres..dah bank in. kat LRT. blk saya buat.

Balik office. jam 1.45 pm. fuhhh..lega. sedapnya air-cond menjamah tubuhku. peluh semua hilang. sedapnya kalau dapat tidur bertemankan kedinginan air-cond. maklumlah kat rumah tak ada. berangan. sambung kerja. zai beri msg call untuk aku. terkocoh2 aku buat. nak courier CN ke Myanmmar. Fax DN ke supplier. semalam dah fax. tak dapat atau dorang hilangkan. sebab kadang2 aku juga ada buat mcm tu apabila banyak kertas kat meja. cari dokumen tak jumpa. apabila kemas2, alamak ada lah pulak. tersenyum sendiri.settle kan dua tiga perkara, terkejar ke bank pulak. aku kena cashkan duit. bos datang sign dan tumpang ke RHB Ampang Point. aku hangin juga org yg buat project ni, bukan nak manage project betul2. PO dapat dah 2 bulan. sepatutnya jadual kerja semua dah ada. perancangan nak beli tools, equipment dan brg2 yg nak buat kerja sepatutnya tak perlu jadi kelam kabut.sape yg susah. atas batu jemala patiklah jugak.geram geram aku sungguh geram..nyanyi rentak macam kat radio ERA...




2 comments:

  1. ti.. nanti mu buat perenggan la sket.. aku rasa cam panjangggg jer ... baru syok nak baca

    ReplyDelete
  2. ya tak yer kan...tq for your comment.

    ReplyDelete

Komen ler apa sahaja:-