tabung que

CafeMom Tickers

Saturday, October 30, 2010

Bumi Cinta


akhirnya, malam tadi aku berjaya menamatkan Bumi Cinta.
Cerita amat berkesan untukku. Sebuah novel pembangun jiwa. Watak Muhammad Ayyas digarab dengan cukup baik sehingga pembaca boleh menyentuh perasaannya, jiwanya dan boleh jatuh cinta kepada pemuda itu. Ilmu agamanya cukup tinggi dan seorang yang berjiwa kental.

Muhammad Ayyas juga dilihat seolah Nabi Yusuf yang digoda oleh Zulaikha, namun keimanannya kepada Allah mengatasi nafsunya. Akhirnya 'Zulaikha' dapat ditewaskan dan Ayyas menangis kerana dia hampir2 terjerumus ke lembah maksiat. Jika iman tidak kukuh di dada, pastinya insan bergelar lelaki akan tewas dengan pujuk rayu perempuan sejelita Linor.

Allah memberi nur & hidayah kepada Yelena & Linor untuk mengenali Islam dan berjuang kerana Allah. Linor atau nama Islamnya Sofia mencari Ayyas yang diibaratkan lelaki semulia nabi Yusuf untuk dijadikan suami dan meluahkan keinginannya untuk menjadi isteri Ayyas.

Ayyas akhirnya jatuh cinta kepada keikhlasan dan ketakwaan Linor namun cinta mereka tidak kesampaian apabila Sofia ditembak oleh ejen Zionis yang mengetahui Linor telah memeluk Islam dan berpaling tadah kepada Zionis.

Sebenarnya, aku tidak pasti sama ada Sofia meninggal atau selamat setelah Ayyas membawanya ke hospital. Penulis meninggalkan pembaca dengan persoalan dan membuat andaian sendiri.

Tidak sia-sia Bumi Cinta hadiah suamiku...sayang babah!




2 comments:

  1. wahhhh..dah keluar buku baru ya kang habib ni? nak kena gi cari nih...tapi you beli kat mana? siap dapat beg yg sama dgn cover buku lagi?

    ReplyDelete
  2. beli kat kedai buku Popular Wangsa Walk. memang dapat paper bag...

    ReplyDelete

Komen ler apa sahaja:-