tabung que

CafeMom Tickers

Monday, March 1, 2010

Bila Pagi

Naqiuddin jaga 6 am. sib baik. aku terlupa kunci jam.minta susu. sedang aku bancuh susu azan berkumandang. Alhamdullilah. aku masih diberi kesempatan oleh Dia untuk memikul tanggungjawab sebagai Khalifah dibumi Nya.habis sahaja susu, soalan pertama yang diutara padaku. Ibu mana tembak2? dalam hatiku sudah maklum yang dia tanyakan pistol mainannya. dengan malas aku bagitaunya.Ibu tak tau. Aku agak pistol tertinggal rumah adikku di Behrang. seingat aku simpan bawah meja kopi semasa kami lepak di lamanya.naqiuddin sambung lenanya. Aku mandi. solat. masak air. Nescaffe O kegemaran hubby satu kewajipanku. Gosok baju. Aku senang jer. Isnin dan Rabu aku pakai T-Shirt jer. Ramai yang cakap T-Shirt kerja aku lebih kurang t-shirt cleaner. baju orang kerja Giant dan apa-apa lagi. Tak kisahlah tu. janji aku pakai baju. baju free pulak tu. Kalau dah bos aku nampak cantik sangat baju tu, aku terima jer lah. yang pasti kalau nak jumpa orang aku cuba elakkan hari Isnin dan rabu. rupanya bukan aku sahaja yang berfikiran begitu. zai teman sepejabatku juga macam tu. Tak kisahlah tu. Siap gosok baju aku kejutkan naqiuddin. dia merengus tak nak bangun. menggeliat kiri dan kanan bila aku mengusiknya. aku umpannya dengan lori baru yang di beli di Behrang semalam. Matanya terus buka dan beritahu dia ingin membawa lori tersebut ke bilik air. aku biarkan sahaja. janji dia senang bangun dan mandi tanpa banyak peel. pagi ni mood dia nampak ok. pistol yang dia cari ada dalam kereta. dia seronok sangat. terus simpan lori dan bawa 2 pistol ke rumah Opah pengasuhnya.

Sebut pasal Opah ni, macamana aku nak bgtau dia yang aku tak nak hantar naqiuddin rumah dia lagi. puas survey kami jumpa taska yang harganya berpatutan dan mampu dibayar. sebelum tu taska yang kami jumpa harga..alamak..macam nak register anak masuk 'u'...aku akui apa yang mahal itulah yang bagus. kalau tak bagus dan berkualiti kenapa ramai parents hantar anak mereka. tak per lah. orang kata ukur baju di badan sendiri. kalau ukur kat badan orang lain tukang jahit pulak namanya. walaumacamana cara sekali pun bulan ni aku kena bagitau Opah yang naqiuddin kami nak hantar taska. banyak knowledge yang dia akan dapat. rumah Opah hanya sekadar jaga makan minum sahaja. tak ada sesi pembelajaran. Tapi aku akui yang Opah jaga naqiuddin dengan baik sekali dan sayang naqiuddin seolah cucu sendiri. Dah sampai masa naqiuddin belajar. masuk taska. Lagipun naqiuddin selalu cakap tak nak pergi Opah dan selalu minta nak sekolah.

Sebagai ibu, aku ingin naqiuddin mendapat pendidikan yang sempurna. Dunia dan Akhirat. Aku juga teringin melihat naqiuddin menjadi tahfiz. InsyaAllah. Untuk permulaan naqiuddin kena pergi taska dulu!

2 comments:

  1. salam tie-- aku pun sama.. niat hati tu nak antar anak aku tahfiz insya allah..

    ReplyDelete

Komen ler apa sahaja:-