tabung que

CafeMom Tickers

Wednesday, March 10, 2010

Nenek ku seorang

Inilah dia nenek ku. hanya seorang ini sahaja nenek ku masih ada. kami panggilnya"Wo". hanya orang Kelantan sahaja yang jadik kalau menyebutnya..hehhe..umurnya hampir mencecah 100 tahun.umur sebenar aku tak pasti. dia masih kuat. matanya masih boleh membaca Al-Quran. cuma pendengaran beliau akhir2 ni kurang jelas. kalau nak bercakap dengannya kena cuitnya barulah dia akan respon dengan kita.

nak dijadikan cerita, kami balik kampung baru2 ni. Nenekku ini sedang makan nasi. aku sedang solat.si naqiuddin mencari ibu. "nenek. mana ibu?".berkali2 soalan itu diajukan pada nenekku. disebabkan tak dengar, nenekku buat dekkk jer lah. agaknya si Naqiuddin dah hangin, soalannya tak berjawab.dia terus jerit."nenekkkkkkkkkkk...ibu mana?".

aku solat dah tak kusyuk.aku dgr semua org ketawakan dia.akhirnya dia mendekati nenek. "nenek nak asik". nenek buat dekkk jer."nenek, nak asik". berkali2 dia minta. si nenek asyik makan sehingga tak sedar cicit kat tepinya minta nasik. agaknya si naqiuddin dapat akal. dia cuit lengan nenek, "nenek nak asik"."ooo..nak nasik yer..nah nenek suap.nenek tak sedar pun naqiu panggil tadi"...hehehhe..kelakar si cicit dengan neneknya yang dah kurang pendengaran. kita besok pun agaknya macam tu jugak.semoga Allah panjangkan umurnya dan diberi kesihatan yang sebaik2nya.amin!

1 comment:

  1. aku pun ader nenek lagi ti.. mungkin sebaya kot... tapi dah nyanyuk.. nanti aku citer kat blog kisah pasal dia.. kisah yg mencemaskan..

    ReplyDelete

Komen ler apa sahaja:-