tabung que

CafeMom Tickers

Tuesday, November 9, 2010

hujan dan ubi kayu

tiba-tiba aku menjadi rindu kepada hujan. teringat semasa kecik-kecik aku di kampung. aku agak nakal walaupun aku perempuan, agaknya aku agak rapat dengan 2 orang abang di atasku dan adik lelaki. kami berempat selalu main bersama. semua game orang lelaki. melastik burung, menangguk ikan laga, main bola sepak, main getah, main bola tin susu dan macam2 lagi. kadang-kadang kalau abang2 ku tak beri aku ikut mereka, aku akan join kawan2 perempuan main pondok2 atau mandi sungai. sebenarnya bukan sungai, aku rasa layaknya disebut parit...hahha...kami suka berendam dalam parit. main kejar2. kalau musim hujan, air akan banyak dan kami seronok berenang. kami akan bermain sehingga sejuk ketar, jari2 tangan kecut. pernah sekali di musim bah seperti sekarang, aku main air kat parit tepi rumah ana kawan baikku. tiba2 mak aku datang dengan ranting keluduk. mak aku pukul dan perambat aku balik. sememang aku bahaya sebab bila hujan air parit akan menjadi deras. pernah sekali semasa aku main air bah dengan abang2, adik dan kawan abangku, aku dihanyutkan arus deras. nasib baiklah kawan abangku cepat berenang dan selamatkan aku. kami balik dengan muka pucat dan menyimpan rahsia. agak lama juga rahsia tersebut baru terbongkar.

kalau tidak bermain air parit, kami adik beradik akan main gelongsor tepi bukit. memang seronok seperti budak2 sekarang main di playground. aku rasa lagi seronok main gelongsor tepi bukit. masa main kami tidak fikirkan apa2 bahaya kecuali seronok. nasib baik tak ada apa2 kejadian buruk yang berlaku. agaknya kami bernasib baik dan juga sudah arif dengan selok-belok bukit di kawasan rumah kami.

paling seronok juga semasa hujan mak akan merebus ubi kayu dan dimakan bersama kelapa muda parut yang diletak sedikit garam dan gula. sungguh sedap dilawan dengan kopi panas yang baunya sungguh menusuk hidung.

betapa rindunya aku kepada hujan di kampung dan ubi kayu. sekarang betapa susahnya aku nak melalui detik2 itu lagi.

tiba2 teringat~kawan abangku yang pernah selamatkan aku telah meninggal kerana denggi berdarah. Al-Fatihah untuk beliau.

No comments:

Post a Comment

Komen ler apa sahaja:-