tabung que

Wednesday, November 17, 2010

salam aidil adha

10 Zulhijjah, kami menyambut hari raya aidil adha di kuala lumpur sahaja. cuti hanya satu hari dan bebanan kerja yang tidak mengizinkan untuk kami melanjutkan cuti. lagipun cuti aku hanya ada 3 hari sahaja lagi. simpan untuk kecemasan sahaja.

malam tadi kami masak sehingga jam 3.30 pagi. menu kami adalah nasi minyak, ayam kerutub, daging beriani dan acar. kami balik dari beli bahan2 basah jam 9.30 malam. so, pukul 10 malam baru start masak. ramai sungguh orang di Carefour Wangsamaju. Berkali 2 aku tawaf mencari serai dan bawang goreng, namun hampa. semuanya habis. kami berkejar pula ke Pasaraya Hero. Kat sini pun ramai juga orang. banyak barang basah sudah habis dan aku hanya mendapat 3 kilo daging dan daun pandan di sini. kami berkejar pulak ke giant, Permata. Alamak...sini pun ramai orang. kami membuat kesimpulan bahawa ramai yang tidak balik kampung memandangkan cuti hanya sehari dan yang paling penting ianya tengah bulan. paham2 jer lah...

kami hanya membeli bawang goreng dan kerisik di gian. kami bergegas balik apabila kawan aku siti zaharah dah sampai. mereka sekeluarga akan beraya dan sama2 memasak bersamaku. settle masak, mandi dan tidur.

pagi tadi aku agak kelam kabut sebab baju melayu suami, anak dan baju kurung aku belum digosok. akhirnya aku terlewat ke surau dan terlepas satu rakaat yang pertama. semasa khutbah dibaca, naqiuddin pulak mengamuk mengajak balik...errrmmm...geram. tapi malas nak marah2 dan cubit sebab hari ini adalah orang berkorban. aku pun berkorbanlah demi anak.

balik sembahyang raya, kami menjamu selera beramai2 dan kawan2 datang beraya. InsyaAllah petang nanti, adikku datang dari Behrang 2020 untuk sama2 memeriahkan suasana Aidil Adha kami. Pagi tadi telefon mak. suara mak seperti sedih. semua anak2 yang tinggal luar Kelantan tak balik. dia tak buat ketupat dan apa2 masakan. harapkan kakak dan jiran2 yang hantar. dia kata tak ada semangat sebab kami tak balik. sebenarnya suasana dan sambutan raya haji kat Kelantan agak meriah seperti raya puasa.

Ada rezeki dan masa, kami akan balik mak....ampunkan kami.
Selamat Hari Raya Aidil adha.



No comments:

Post a Comment

Komen ler apa sahaja:-