tabung que

CafeMom Tickers

Monday, November 22, 2010

masak2 mode

Balik kerja hari Jumaat lepas, mood raya haji ada lagi. aku godek2 resepi kat internet dan terjumpa resepi ini. balik rumah try buat..Alhamdulillah..menjadi wlp pukul 9.30 baru makan malam sebab nak empukkan daging....


Beriani Kurma Daging

Bahan-Bahan:

4 cawan beras basmati (dibersihkan & ditoskan)
4 cawan air
¾ tin susu cair
600 gm daging
1 sudu besar rempah kurma
1 sudu kecil serbuk jintan manis
2 sudu kecil serbuk kas-kas
100 gm kacang gajus (dikisar halus)
¼ tin susu cair (disatukan untuk membuat tairu)
2 sudu besar jus limau nipis (disatukan untuk membuat tairu)
3 sudu besar minyak masak
3 sudu besar minyak sapi / marjerin
2 helai daun pandan
Garam & gula secukup rasa

Bahan Kisar:
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia

Bahan Tumis:
5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
2 cm halia (dimayang)
1 tangkai daun kari
3 cm kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
5 kuntum bunga lawang
½ sudu kecil jintan manis
3 biji buah pelaga

Cara:

Daging dipotong lebar setebal 2 cm, dibersihkan & ditoskan. Panaskan minyak masak & minyak sapi & masukkan Bahan Menumis. Bila bawang kekuningan, masukkan Bahan Kisar, daging, rempah kurma, serbuk jintan manis, serbuk kas-kas & kacang gajus. Kacau hingga rata & biarkan hingga daging empuk & rempah pecah minyak. Tuangkan air, susu cair, tairu, daun pandan, garam & gula. Bila mendidih, masukkan beras dan kacau hingga rata. Bila air kering, kecilkan api & tutup periuk & biarkan hingga nasi masak. Gembur supaya nasi tidak berketul. Sebelum menghidang, tabur bawang goreng, daun sup & daun bawang yang dipotong halus ke atas nasi.

SELAMAT MENCUBA!

No comments:

Post a Comment

Komen ler apa sahaja:-