tabung que

Saturday, August 7, 2010

3 tahun sudah berlalu



hari ini 7 august 2010, 3 tahun sudah berlalu.

genaplah anakku wan muhammad nafiz naqiuddin 3 tahun. genaplah juga 3 tahun pengalaman aku bersalin di GH...

masih ku ingat peristiwa di wad bersalin...

doktor: push..push...berak kan dia..berak kan dia...(hahha..apa punya ayat lah doctor)
suami: push bu...push bu...mengucap..ingat Alllah (sambil menggenggam tangan aku)
Misi: push..push...

masih tak kuar...aku rasa dah hampir putus nyawa. penat sangat.sakit sangat. aku merayu2 dengan doctor beri ubat tahan sakit.setelah bertarung dan berusaha bersungguh2..akhirnya...

doktor: dah lah...tak payah push lagi...anak awak dah nak lemas tu...kita oeperate saje lah. anak awak songsang. posisi baby macam huruf C....
aku: tolong doctor..sakit sangat..operate pun tak apa doctor...tolong doctor...sakit sangat ni...
suami: sabar bu...sabar...
doctor: bilik operate penuh...sabar yer. saya doakan puan dan baby selamat...

maka aku pun menunggulah dengan sabar dan kesakitan. akhirnya aku ditolak kuar drp bilik bersalin dan naik ambulan. suami ikut dengan kereta. masa tu aku mamai2 dah. sedar tak sedar aku dah ada dalam bilik pembedahan...

tukar baju. doctor cucuk ubat kat belakang. beberapa saat...hilang segala kesakitan dan badanku dari pinggang ke bawah tak rasa apa2. doktor bius separuh badan. maka, operasi pun bermula...jeng..jeng...

kat atas aku ada lampu bulat. besar. kerja2 doktor terpantul ke cermin lampu. jadi, aku dapat tengok apa yang doktor buat kat aku...masa itu tak ada perasaan ngeri langsung. aku excited nak tengok...aku nampak doktor belah perutku dan menarik keluar baby dari perutku dan menjahit balik perutku lapisan demi lapisan...masa itu aku mamai akibat kesan ubat tetapi aku kuatkan juga diriku...

akhirnya 6.20 pm babyku selamat dilahirkan.doctor datang padaku...nah tengok baby awak..."baby apa doktor?". "awak tengok sendiri", sambil beliau menyelak kain yang selimut baby..."alhamdulillah...boy". kataku sambil mata terpejam. aku dah tak sedar apa yang berlaku. apa yang aku sedar, doctor dah siap dan misi nak menghantar ku balik ke wad.

akhirnya zuriat pertamaku lahir ke dunia.

walaupun 3 tahun sudah berlalu...detik-detik yang aku lalui masih segar dalam memori ini. terasa seperti semalam aku mengandung...



anakku dah 3 tahun. dah boleh cakap dan bercerita. dah boleh ajak berbual. dah boleh jadi kawan...sekejap sahaja masa berlalu. besarlah anakku. jadilah anak yang soleh dan berilmu.

ibu menunggu detik-detik indah kehadiran adikmu pula sebagai peneman.

amin.

1 comment:

  1. HEPY BIRTHDAY Q...sedap nasik tomato..
    aku dulu masa neran Hafiy memang rasa nak tercabut nyawa.alhadulillah..kuar jugak.. tapi koyak usah citer la..
    tapi hadif alhamdulillah..senang.. ddah ader jalan...

    ReplyDelete

Komen ler apa sahaja:-