tabung que

Tuesday, August 10, 2010

ramadhan datang lagi

ramadhan datang lagi...
yeaa..yeaa..esok puasa
excited sesungguh hati ni

semoga tahun ni aku dapat berpuasa penuh.orang perempuan boleh ke berpuasa penuh?
tak kisahlah tu, kalau tak penuh ganti lah selepas puasa nanti yer!

malam ni terawih pertama. dah janji dengan suami nak terawih kat surau kat bawah apartment kami. que seronok sangat...

SAHUR...ermmm..nak masak apa yer?teringin nak makan daging goreng kunyit letak bawang besar banyak-banyak. semesti lazat berkrim...my pren kat office ni, katanya sahur suka makan telur asin...dah lama aku tak makan macam tu. kalau kat kampung dulu2 memang itu kesukaan mak aku...rindunya nak bersahur dengan mak...sabar...
Esok malam naik bas 'ADIK-BERADIK'(nama syk bas) balik kampung bersama suami dan anak. Suka sangat nak balik kampung. Begitu teruja. Hati dah kat kampung ni...

Dah macam-macam plan ni. hari Khamis, buka puasa rumah mak. malam sahur rumah mak. Hari Jumaat kumpul ramai2 buka puasa rumah Kakchik kat Kg Belukar Luas, Ketereh...mesti seronok.

Tiba-tiba rindu arwah che...hari terakhir puasa last year permintaan beliau nak berkumpul dan buka puasa dengan anak-anak. Dia beli daging dan tulang untuk buat sup. katanya tahun depan tak tau che ada lagi atau tak ada. sayu kata2nya. rupa-rupanya betul katanya. awal Jan 2010, beliau meninggalkan kami. Semoga roh arwah dicucuri rahmat ilahi.

Kita yang hidup mesti terus beramal ibadat sebagai bekalan esok.
Semoga Ramadhan tahun ini akan memberi MAKNA dan aku dapat menjalani ibadah dengan sempurna.

Selamat berpuasa untuk keluarga dan teman-teman. semoga Ramdhan kita tahun ini lebih sempurna daripada tahun2 yang lalu...ambillah kesempatan 30 hari untuk berbuat amal ibadat.

Kepada semua keluarga dan rakan taulan, sekiranya ada terkasar bahasa, tersalah laku..aku memohon ampun dan maaf. semoga kemaafan yang diraih akan menyucikan diri untuk menjalani ibadah puasa ini dengan tenang dan dirahmati Allah.

Amin.



2 comments:

  1. n3 mu nih berjaya membuat hati aku meronta-ronta nak balik kg...... tapi :P

    ReplyDelete

Komen ler apa sahaja:-