tabung que

Thursday, August 19, 2010

baju raya jangan dilupa!

baju raya...korang dah beli baju raya?dah tempah?

bila puasa mesti ada raya. semua orang sibuk dengan baju raya. langsir raya. bekas kuih raya...macam2 raya lah. jangan ada hantu raya sudahlah!

sebelum raya lagi aku dah cari baju raya untuk anak terunaku que. bukan apa, aku tak suka bersesak2 memilih di bulan puasa ini. aku ni memang cerewet bab2 memilih baju. nak dapatkan sepasang baju mesti aku tawaf sampai 10x kat sogo atau jusco. suami dah tahu perangai aku yang giler pada baju budak. aku belek2. aku blah. pergi tempat lain. pastu, tempat lain tak puas hati aku datang balik tempat tadi. suami akan geleng kepala dan malas nak melayan aku. dia akan serahkan tugas memilih baju anak pada aku yang dikatakan pakar. pakar ke?

berapa dah baju raya anak ada?tanya suamiku.
jeans panjang ada satu. jeans 3 quarter ada 2. baju ada 4. ibu nak beli lagi. macam tak best pulak jeans panjang ada satu jer?kan babah?
cukup-cukuplah tu...awak ni dah kenapa. Jeans dia kan dah banyak...pakai jer lah.
aku menarik muncung. alah..sekali setahun jer beli banyak2..apa salahnya?
suka hati awaklah...duit awak.

hhaha...aku rasa dialog begini selalu berlaku di antara suami isteri. ini adalah dialog standard. aku sememangnya tak puas hati lagi ni. aku nak kena cari lagi sehelai jeans panjang untuk que. alah membeli menang memakai bak kata pepatah. que boleh pakai bertahun-tahun sampai koyak kan? apa salahnya.

itulah perempuan. kalau bab2 shopping. tak boleh blahh lah...errr baju melayu anak dan babah tak beli lagi ni. macam tahun lepas, kami akan membeli di Omar Jalan Masjid India. Tunggu kau wahai baju melayu purple...

sibuk2 baju raya suami dan anak, sebenarnya baju kurung aku 2 pasang dah siap. aku tempah kat kelantan. jirannya sahabat baikku. dia jahit memang bestlah...kena dengan taste aku dan aku tak akan complain kalau pakai. setakat hari ini ada 2 tempat sahaja yang sesuai dengan citasara aku. satu kat Kak Maz dato keramat dan satu lagi kat kakna di Tanah Merah. aku sekarang kena cari tudung sahaja. beg dan purse raya dah beli tapi aku siang2 dah pakai buat kerja sebab nak tunggu raya lambat lagi...memang tak sabar tul minah ni kan?apa-apa janji aku bahagia kan...selipar raya?actualy aku dah beli hari tu kat Jusco..tapi masa nak balik kampung last week, aku teringat kakak ku yang selalu merungut tak ada selipar cantik nak jalan-jalan, nak pergi makan kenduri. aku naik kesian pulak. al-maklumlah kakakku ini anak ramai dan selalu tak ada bajet untuk diri sendiri. biasalah tu seorang ibu, semua untuk anak. aku pun berilah seliparku itu padanya sebagai hadiah...oklah aku berzakat padanya...

baju raya settle. aku nak solat subuh.

selamat berpuasa.


2 comments:

  1. ibu dia yang exited lebih ni..untung la Q...

    ReplyDelete
  2. memanglah..ibu dia excited sangat...hahha

    ReplyDelete

Komen ler apa sahaja:-