tabung que

Thursday, August 5, 2010

mengidam macam-macam

biasanya kalau sebut mengidam adalah sinonim dengan orang mengandung. mengandungkah aku?

hahaha..aku pun tak pasti lagi. perasaan, rasa dan tanda-tanda seperti orang mengandung itu semua ada.

Tanda-tandanya:

1. aku demam hampir 3 minggu. tak pernah aku demam lama macam tu. semasa mengandung Que dulu pun aku tak demam lama macam ni...ermmm
2. nak makan yang bukan-bukan. buah naga. yang paling best nak makan di kala jam menunjukkan jam 3.00 pagi dan hujan pulak tu. suamiku keluar mencari tetapi tak jumpa. bawa balik apple pie mcD...hahha
3. tak lalu makan nasi kecuali nasi berlauk (masakan kelantan) depan cimb yang dijual waktu pagi sahaja.
4. suka makan cucur udang
5. malas mengemas rumah tahap GABAN...(ini adalah kelakuan aku semasa mengandung yang sulung). yang ini amat di perasan oleh suamiku..."anak lelaki lagi"..katanya...
6. terbaru hari ini...teringin nak DRIVE SATRIA NEO...hahha...hampehh..suamiku marah. katanya 'awak ni, agak-agak lah kalo mengidam pun'...hahhha

harap-harap betullah aku mengandung. Ya allah..makbulkan doa kami untuk mendapat zuriat ke-2...

2 comments:

  1. tak test lagi ko?..kalo aku sibuk dah nak ngetes ni..

    Kalo ader gak tahniahhhh....tumpang hepy skali...

    ReplyDelete
  2. tak test lg...que dulu 2 minggu lewat, test tak nampak lg...tunggulah hjg bulan ni baru nak test.doa siang malam ni...

    ReplyDelete

Komen ler apa sahaja:-