tabung que

CafeMom Tickers

Wednesday, August 11, 2010

sahur pertama

bu bangunnn..dah pukul 4 ni...
ermmm...nak pergi mana?
SAHURLAH....
bangunlah...bu...bangun...awak tak bangun saya makan sorang
ermmm...

punyalah susah mata ini nak buka...mengantuk sesangat. baru jer rasa tidur. patutlah, aku tidur jam 2 pagi tadi. masak sambal sotong dan daging goreng kunyit untuk sahur. siap masak, mandi dan solat. kemas baju nak balik kampung...malam ni kami balik kampung...

balik kampung...oooo...balik kampung
hati girang...terbayang wajah-wajah yang kusayang
(sambunglah yer...)

suami balik drp meeting dan tolong kemas baju. dia teror kalau bab2 masuk baju dalam bag. siap gulung-gulung dan ikat dengan getah lagi...hahhaa...sesiapa pernah buat angkat tangan..hahha..aku pun tak pernah...hasilnya sungguh lumayan. bag yang kecik tetapi boleh memuatkan banyak baju. silalah cuba yer!

Semua siap. alamak dah pukul 2. aku pun...zzzz..lupa cakap, dah masak nasi. suami bawa balik beras. tadi beras habis. cakap dengan suami beli jer nasi kedai mamak 2 bungkus. balik dari kampung kita beli beras, tetapi dia beli beras Faiza emas 5 kg di Petronas.

Cerita sahur...suami siap panaskan lauk dan hidang. cuci muka. doa dan niat puasa.

Siap makan...alamak loya pulak...uwekkk...uwekkk...mengadap lappy sambil minum nescafe o buatan sendiri.memang sedap...nak cuba kesedapan nescaffe hamba ini jemput datang rumah..siapa?sape-sape yang nak datang, silalah datang yer. sila buat appointment dulu sebab kalau tak kau ketuk pintu rumah aku BERDARAH tangan pun aku tak buka...hahha...zalim tak?sebab ramai yang ketuk nak jual kerepek...tiba-tiba...adusssss...perut memulas. Hasil daripada sambal sotong yang aku buat...hahhaha..2x masuk bilik air...gila kau..pagi-pagi kau makan sambal...dushhh...hambik....

Selamat BERSAHUR...awas makanan yang diambil semasa bersahur bagi mengelakkan dahaga, sakit perut dan penyakit2 di kala siang hari berpuasa. semoga puasa kita diberkati.



No comments:

Post a Comment

Komen ler apa sahaja:-