tabung que

CafeMom Tickers

Friday, August 27, 2010

Kisah Seorang Bapa Yang Terpinggir

hari ni jalan jam giler.hubby dari Cheras kerana ada meeting tersangkut di Ampang Point dan hari ini aku terpaksa naik teksi.

Agak lama juga aku menunggu, tiba2 datang sebuah teksi dan berhenti di tempatku. aku fikir dia ingin mengambil penumpang, rupa-rupanya ingin menghantar kuih yang orang pesan. aku tunggu lagi. pakcik tadi datang balik.

"Nak ke mana?"
"AU3 pakcik"
"ok. bolehlah"

aku pun naik teksi tersebut sambil dalam hati mengucap syukur kerana aku sudah terlewat mengambil anak di taska. dalam teksi pakcik mengajakku berborak. aku layan jer lah. lagi pun nampak pakcik ni orang baik-baik dan berkarisma.

"Pakcik tinggal mana?'. chewahh..ramahnya aku.
"Cheras"
"Balik buka puasa kat rumah ker?". kepochinya aku..hahha...
'tak lah..pakcik buka puasa dalam teksi jer. tengok ni, kuih dah beli. nanti pakcik nak beli air panas. air sejuk pakcik tak suka. pakcik ni kalau balik rumah pun, bukannya ada sape. buka sorang2 juga. "
"ooo..ya ke?anak pakcik?isteri pakcik?..banyak lah aku menyoal. harap2 pakcik ni takder lah kecik hati.
"isteri pakcik dah meninggal. anak pakcok...entahlah, sejak ibu dia meninggal, dia tak pernah balik tengok pakcik. bila orang tanya anak pakcik tinggal mana, pakcik tak boleh nak jawab sebab pakcik tak tau anak pakcik tinggal mana".
"macam tu ker pakcik?tak elok betul kan. ramai anak2 sekarang yang lupakan mak bapak kan pakcik?"....betul ker aku cakap ni. aku sebenarnya dah sedih bila pakcik ni bercerita dengan sayu.
"pakcik tahu, dia dah hidup senang. kerja bagus. sebab tu dia lupa pakcik. tapi tak apa, pakcik selalu doa yang baik2 jer".
"betul tu pakcik, doa yang baik2 moga satu hari nanti dia akan balik".
"Pakcik ni bukan nak duit dia, pakcik pun ada duit. pakcik ada pencen. pakcik dapat RM2,200 tiap2 bulan. makan minum pakcik tak susah. pakcik bawa teksi sebab pakcik sunyi dok rumah sorang2. bawak teksi ni, dapat ramai kawan. dapat sembang2."
"Betul tu pakcik. raya ni pakcik raya kat mana?" aku menanya soalan yang bakal dihempuk kepala. nasib baik pakcik ni cool jer. selamat aku...hahhaha
"tak tau lah...pakcik selalu raya dalam teksi jer".

alahai pakcik. raya dalam teksi?aku mula sayu dan teringat kat mak aku kat kampung. teringat arwah ayah aku.

itulah sedikit kisah yang aku ingin kongsi. kesayuan hati dan luahan perasaan seorang bapa yang tidak dipedulikan anak-anak. ingatlah...hargailah ayah dan ibu kita.

No comments:

Post a Comment

Komen ler apa sahaja:-