tabung que

CafeMom Tickers

Wednesday, August 11, 2010

que terawih

que excited sangat nak pergi terawih!



que ready nak pergi terawih


que dan babahh


kami sampai kat surau, orang tak ramai lagi sebab belum azan. dapatlah aku duduk dalam bilik jemaah muslimah. aku ambil tempat paling tepi sebab aku tak nak que mengganggu jemaah lain. aku dah warning dengan que jangan kacau ibu nak solat. que angguk tanda faham.

solat isyak berjemaah. semasa rakaat terakhir, que buat hal.

tiba-tiba....


ibu...ibu...ibu...
nak cheng cheng... (nak buang air)

adussss...tak kusyuk aku solat. aku tak pasti sama ada jemaah lain terganggu atau tidak....kantoi!
dalam hati aku berdoa agar que dapat bertahan.

ibu...ibu...ibu...(dia panggil lagi)
nak cheng cheng

akhirnya selesai solat...beri salam. aku pun heret tangan que keluar takut dia terkencing dalam surau. tak ke naya nama tu.

sambung solat terawih...semasa aku start solat, que main-main dengan budak-budak di surau tersebut. apabila solat bermula, semua jemaah nampak sama dalam telekung. agaknya dia tak tau yang mana satu ibunya...dia dah takut...


ibu...ibu...ibu (suara nak menangis)

aku berdebar-debar. risaukan dia melilau mencari aku sampai ke luar atau dia berjalan balik ke lif. macam-macam dalam hati aku...ishhhh...dah solat tak kusyukkk...

siap 2 rakaat. salam. aku panggil que...tersengih-sengih dia kelegaan.

aku sambung solat lagi. que tarik-tarik telekung...

aku pujuk-pujuk dia. tukar tempat lagi. aku duduk paling belakang. tepi. que dapat tengok aku dengan jelas. dia tak kacau lagi. akhirnya dapat jua aku habiskan 8 rakaat.

aku cari kopiah que yang tertinggal dalam bilik solat. beginilah kalau ada anak kecik. tak senang nak bersolat di surau. aku berharap dapat berterawih lagi dengan que. terpaksa bawa. mana nak hantar. bukan ada saudara mara nak tinggalkan.






3 comments:

  1. excited betul Q.. naper dia tak kacau babah dia

    ReplyDelete
  2. ^__^ takpe.. bagus juga bawa die pergi tarawih.. leh die belajar dengan melihat.. tak lama lagi dah boleh sembahyang siap pakai telekung lagi... hikhik



    Aiz latest entry
    Jom tengok video aiz beatbox (Music Gune mulut)

    ReplyDelete

Komen ler apa sahaja:-