tabung que

CafeMom Tickers

Thursday, August 19, 2010

satu kisah di klinik kerajaan

aku nak lepaskan geram ni.... =^_^=


pagi tadi aku pergilah ke sebuah klinik kerajaan. area tempat tinggal akulah. tak boleh sebut nama klinik dengan spesifik nanti KENA SAMAN pulak nanti...heheh

aku pergi ke sana sebab aku sakit sesangat di kawasan ari-ari. aku tak pasti sama ada aku ni mengandung atau aku dijangkiti 'kencing kotor'. kalau boleh aku nak check dua2 sekali.

sampai sana 8 pagi. letak ic bersama no. 76. aku menunggu untuk register selama 1 jam 20 minit. oklah, aku dapat no 7 (bilik 2) untuk jumpa doktor. tunggu lagi. naik no 0007. tiba2 pakcik yang duduk kat sebelah aku bangun dan masuk bilik doktor. aikkk...pakcik ni apa hal lak. aku pun tunggu jugak ni. tak kan nak potong line pulak. aku follow pakcik tersebut masuk bilik doktor. pakcik tersebut duduk di kerusi sebelah doktor. doktor tu cakap, "aikk..panggil orang lain, orang lain pulak yang masuk. tapi takperlah."

doktor pun buatlah kerja dia check pakcik tersebut dan aku jadi pemerhati bebas sebab aku dah masuk bilik doktor.

rupanya pakcik tersebut kena strok dan tak boleh bercakap. cakapnya pelat dan doktor tak faham. dia kena strok sebab kencing manis yang agak tinggi. doktor pun terkejut. katanya kebiasaan pesakit yang ada darah tinggi sahaja yang berisiko untuk dapat strok. rupanya pesakit kencing manis yang serius pun besar risiko juga. AWAS! doktor pesan kat pakcik tersebut. antara nasihat doktor yang aku dengar:-

1. makan nasi sedikit sahaja. ambik satu cawan atau satu cawan yang longgar sahaja
2. jika makan roti, hanya 2 keping sahaja
3. kuih manis jangan ambik langsung
4. minum air masak banyak2 dan kurangkan air manis
5. makan sayur banyak2 (ini yang aku lemah sikit sbb aku tak suka sayur)

secara tak langsung aku pun mendapat tips drp doktor.

Pakcik settle.

tiba turn aku pulak.

Sakit apa yer?tanya doktor dengan lemah lembut.
saya ni sakit kat bahagian ari-ari doktor.
Sejak bila?
adalah 2 minggu. pastu loya, pening dan saya dah lewat 8 hari period ni doktor.
ooo..sekarang ni awak nak check sama ada awak pregnant atau tak lah yer?
saya nak tau saya ni sakit ari2 sebab apa?sebab pregnant atau kencing doktor
ooo...kita tak buat test untuk pregnant yer. lagipun alat test dah habis. lagipun kita kenakan charge RM20. rugi tau. kalau awak beli kat farmasi hanya RM10 jer. ginilah...ambil borang ni, pergi makmal buat urine test sama ada awak kencing kotor atau tak.
ok. ambil borang dan berlalu ke makmal.

Kaunter makmal.
ambil nombor. kepilkan bersama borang. pembantu farmasi berikan satu bekas kecil untuk urine. siap aku letakkan di kaunternya. sekejap dia buat test dan aku pergi balik ke bilik doktor dengan borang yang telah diisi oleh pembantu farmasi tersebut.

aku masuk ke bilik doktor. ada pesakit methadon kat situ. dia sedang bertelagah dengan doktor. yang aku faham dia nak ambik methadon take away...ada ke macam tu?ingat KFC or McDonald ker nak take away...bangang punya cina ketagih methadon. lama aku menunggu itu yang bengang. siap cakap nak complain dengan kementerianlah...hahha..padahal kau yang ambil dadah tapi nak salahkan orang!doktor dah bengang dan suruh dia keluar.

aku pun duduk dan berikan doktor borang tadi. doktor tengok dan beritau yang aku tak ada 'kencing kotor'. awak pergi farmasi beli test. if mengandung pergi buat buku klinik mengandung sebelah yer. itu sajer.

aku keluar dengan hati yang bengkak. bayangkan aku duduk di klinik selama 2 jam lebih dan ini hasilnya. ada ke klinik tak ada test untuk pregnant dan juga kena bayar RM20 untuk test tersebut. undang2 baru ker? sape2 yang tahu angkat tangan. masa que dulu aku pergi klinik yang sama. test dan tak bayar apa2 kecuali registeration RM1 sahaja.

akhirnya aku beli test kat farmasi.




2 comments:

  1. tumpang sedih kat akak.. T__T.. 2 jam lama gak tu..




    psst:dah boleh vote dah.. cuba vote lain.. esok pun jangan lupa vote tau.. kalau tak.. rugi jek tak menang ipod touch.. vote ari2 tau

    ReplyDelete
  2. dah vote aiz..jgn risau...kalo semua 3 tu nak letak aiz blh ker?ker en munchys marah...hahhah

    ReplyDelete

Komen ler apa sahaja:-